Wednesday, April 21, 2010

Sejuk beku.


Lama tak update blog. Sbnarnya saya skang banyak guna FB. Dah juga bukak satu blogunder blogspot. Tapi takde mood nak menulis. Penggunaan facebook juga barulah kebelakangan ni sejak saya subscribe unlimited internet @ phone. Saya rasa lebih mudah sy access FB sbb loading blog di hp sangatlah lembab. Buat penat je saya menaip nanti.

Sejak ada Aisy hidup saya berubah. Saya rasa mcm x cukup kaki dan tangan melayan dua lelaki ni. Bila sorang collapse, lagilah haru biru. Hadoila...rasa mcm nak lari jauh-jauh. Penat. Tapi bila tengok muka si kenit tu ilang semua rasa. Tang dia meragam je yg buat saya stress sbb saya tak dapat memahami apa yang dia nak.

Ketika ini hati saya mcm sudah tak berperasaan. Kacau bilau. Kadang-kadang syaitan bisikkan pada saya supaya saya menyesal dengan jalan yang saya pilih. Hampir terpedaya tapi cepat-cepat saya sedarkan diri saya. Inilah takdir hidup saya. Kalaulah saya org yang tidak beriman dan tak beragama, mungkin dah lama senang-senang aje saya disesatkan.

Saya sedang mendidik diri saya supaya jadi orang yang tidak berperasaan. Saya sudah letih melayan perasaan kecewa, hampa, sunyi dan lain-lain. Saya mahu kembali seperti dulu. Jadi orang yang beku. Dingin. Mungkin itu lebih baik.

Saya rasa saya takkan jumpa ketenangan hidup selama-lamanya.




ladydaisy sending the message on 09:13 am
Tengok sape nak komen?  

____________________

Wednesday, October 07, 2009

Breastfeeding Session


Lama sungguh tak update blog. Sepatutnya saya updatekan pengalaman semasa berpantang. Tapi disebabkan saya sangat runsing pasal breastfeeding, saya akan citer serba sedikit pengalaman saya.

Honestly, masa pregnant, saya tak ambik berat langsung pasal feeding baby nih. Pada saya once saya bersalin, maka ianya akan berlaku secara natural. Tapi rupanya tidak semudah itu. Saya cuma dapat menyusukan baby saya pada hari kedua. Itupun punya susah. Saya tak bajet langsung nak kuarkan kolostrum tu punya seksa. Dah tu baby saya kan kecik cinonit...nak pegang pun cuak. Mujur nurse dan doktor banyak membantu. Siap saya disuruh pam susu kat bilik khas kat sana tu.

Tang pam susu ni satu hal. Orang lain bawak botol susu gi pam, akan balik semula ke bilik dengan botol yang penuh. Tapi saya tidak. Bawak sebotol kecik, tapi balik semula cuma dengan beberapa titis. Tak sampai 10ml pun. Sedey gile..Malu pun ada jugak dengan ibu-ibu yang lain. Masa tu saya rasa diri saya gagal sangat.  Pastu stress sbb abah saya dok pressure-pressure saya pasal saya kena jugak susukan baby saya dengan susu badan sahaja selama 10 hari yang pertama nih. Dia tak tau..nurse dah bagi anak saya susu formula masa 2 hari pertama tu. Nak mengadu kat mak macam segan.Last-last saya meluahkan perasaan kat kawan saya. Banyakla petua...dia suruh letak daun sireh. Tapi yelah..duduk kat spital masa tu mana nak cekau daun sireh. Sedih sangat masa tu. Tapi berkat doa saya dan keazaman saya, saya akhirnya berjaya pada petang hari kedua tu. Suka sangat...rasa complete dah diri saya. Walaupun susu saya tak banyak keluar..tapi saya tahu saya berupaya menyusukan baby saya.

Masa dalam pantang, lepas berurut barulah susu saya keluar dengan lancar. Tapi dugaannya lain pulak. Masa dalam pantang, anak saya tak tido malam. Pastu kejap-kejap mak saya suruh saya susukan baby. Saya dahla dengan sakit kena jahit, tak cukup tidur dan sebagainya kadang-kadang naik angin dibuatnya. Last-last saya suruh mak saya bagi susu botol time saya malas. Tapi mak saya nih terlebih advance. Saya nih malas nak susukan baby cuma sekali dua jek. Dia bantai bagi botol kat anak saya sehari sampai 5-6 kali. Saya yang tak tahu apa-apa nih pun biarkan ajelah. Sampailah satu hari tu, saya surf internet..kat situ barulah saya terbaca artikel-artikel pasal breastfeeding nih. Barulah saya sedar dan rasa berdosa sebab tak bagi anak saya breastfeeding betul-betul sepenuhnya sedangkan susu tu hak dia.

Masa tu rasa dah terlambat. Anak saya dah berumur sebulan lebih. Terus saya bercerita pada husband saya tentang artikel-artikel yg saya baca tu. Alhamdulillah, husband saya menyokong saya untuk berubah. Sebagai permulaan, dia bersetuju belikan saya breastfeeding pump. Yelah...saya kan takde gaji masa maternity elave tu. Maka harapkan husband saya support saya jek. Saya ingat lagi..first time saya pergi kedai tu, saya blur sikit. Budak kedai tu suggestkan saya pump yang berharga 1200. Memang bagus. Tapi saya takde budget sebanyak tu. So saya amik yang sesuai dengan budget saya iaitu Spectra 3.

Kali pertama sesi mengepam, susu saya keluar dapat 1oz. Rasa cam sikit sangat. Tapi saya tak putus asa. Saya percaya saya boleh. Tapi dugaan seterusnya ialah time raya. Saya tak sempat nak mengepam susu sebab bz sungguh dengan memasak dan melayan tetamu. Tak de masa langsung nak pam susu. Saya cuma dapat pam susu 2 hari sebelum naik keje which means saya tak dapat kumpul stok susu yang banyak even saya ada freezer yang besar dan boleh memuatkan beratus-ratus botol susu dalam tu. Dan juga saya tak dapat bekalkan susu perahan saya secukupnya kepada baby sitter anak saya hingga memaksa saya membekalkan susu soya untuk anak saya sebagai tambahan.Saya terpaksa membawa pump saya ke office dan melakukan sesi perahan sebanyak 2 kali sedangkan saya sepatutnya buat sekurang[-kurangnya 3-4 kali untuk memastikan susu saya tidak kekeringan.Memang tough untuk ibu yang bekerjaya. Saya juga jealous bila dengar pengalaman ibu-ibu yang dapat menyusukan babynya secara eksklusif. Kalaulah saya tahu dari awal tentang breastfeeding nih, sure dalam pantang lagi saya dah start kumpul stok susu untuk anak saya. Satu perkara yang kita semua perlu tahu, stok susu yang mencukupi perlu diperah semasa dalam pantang lagi sedangkan saya sedar cuma selepas anak saya hampir 2 bulan! Rugi sungguh...

Satu lagi faktor yang kadang-kadang boleh melemahkan saya ialah orang-orang disekeliling saya. Ramai orang yang asyik kata susu saya tak cukup. Sebab tu baby saya asyik menangis. Dan saya disuruh campurkan susu dengan susu formula. Tapi husband saya kuatkan semangat saya. Saya kadang-kadang rasa kesal bila dengar ada kawan-kawan saya yang malas nak susukan baby dia. Rugi sungguh...Saya punya berusaha keras nak susukan baby..tapi orang lain selamba je bagi susu botol kat anak dia. Tapi yelah..saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka sama macam saya dulu. Kurang ilmu dan pengetahuan serta kesedaran pasal breastfeeding nih. Juga kurang sokongan dan motivasi dari orang sekeliling yang sudah terbiasa dengan cara tradisional menyusukan baby.

Sehingga hari ni, saya masih berusaha untuk mengumpul stok susu yang mencukupi untuk anak saya. Saya harap saya berjaya..




ladydaisy sending the message on 11:26 am
Ceh! Ada (3) orang komen!  

____________________

Tuesday, September 08, 2009

Lahirnya si Anak (Part 2) - Mari bercuti di hospital


Selepas selamat melahirkan baby saya, saya ditahan di wad bersalin selama 2 hari. Tinggal di wad first class dimana majikan saya membiayai kos perubatan, yang mempunyai penghuni seramai 4 orang tanpa dibenarkan sesiapa untuk menemani saya melainkan ketika waktu melawat sangatlah membosankan. Ketika itu saya masih tidak menjenguk anak saya di wad ICU. Seolah-olah belum bersedia melihat keadaan anak saya. Jujurnya saya takut. Takut jika apa-apa yang tidak elok berlaku pada anak saya. Jadi hari pertama saya di wad saya habiskan dengan tidur dan menerima kunjungan dari emak dan rakan-rakan pejabat saya. Lewat petang baru saya bersama husband pergi menjenguk anak saya. Rupanya anak saya kelemasan disamping mengalami hypoglycemia iaitu kekurangan gula dalam darah. Anak saya terpaksa diberi bantuan oksigen dan disuntik dengan air glukos dan terpaksa berpuasa sehingga dia betul-betul stabil. Masa itu saya rasa sangat takut. Takut terjadi sesuatu pada anak saya. Salah saya juga. Tidak bertenaga semasa meneran menyebabkan dia hampir lemas. Tubuhnya juga agak kecil. Cuma 2.8 kilo sahaja semasa saya melahirkan. Husband saya menenangkan saya dengan mengatakan bahawa anak saya akan selamat. Tambah menakutkan kerana doktor juga tidak dapat memberi kepastian tentang keadaannya. Husband saya hanya dibenarkan melawat anak kami cuma ketika waktu melawat sahaja. Hanya saya sahaja dibenarkan keluar dan masuk bila-bila masa sahaja. Tetapi keadaan saya dan sakit selepas bersalin membantutkan pergerakan saya ke wad ICU. Jadi saya hanya melawat anak saya ketika husband saya ada bersama-sama sahaja.

Keesokan harinya setelah doktor memeriksa dan berpuas hati dengan keadaan luka saya, saya dibenarkan keluar dari wad bersalin dan berpindah ke wad icu untuk bersama-sama dengan anak saya. Ketika ini anak saya sudah dipindahkan ke bilik intermediate setelah keadaannya stabil dan mula diberi susu melalui syringe untuk melihat tindakbalasnya. Saya diajar membersihkan bayi saya diwaktu pagi, menukar pampers dan memberi susu menggunakan syringe sehingga dia betul-betul bersedia untuk meminum susu tersebut sepenuhnya tanpa memuntahkannya kembali. Bilik yang diberikan khas untuk ibu-ibu yang anaknya ditempatkan di ICU mempunyai TV. jadi tidaklah saya bosan sangat sementara menunggu waktu melawat. Hari kedua ini husband saya sudah mula bekerja untuk tidak membazirkan cuti tahunan memandangkan tidak banyak yang boleh dilakukan jikalau dia bercuti sekalipun.Husband saya hanya datang pada waktu melawat sebelah petang selepas pulang bekerja.

Hari ini menyaksikan kali pertama saya disuruh menyusukan anak saya. Agak kekok kerana saya sebenarnya memang takut memegang bayi apatah lagi bayi yang baru lahir. Nurse banyak membantu saya. Malangnya air susu saya tidak keluar dengan banyak. Mungkin kerana saya sendiri masih tidak yakin dengan keupayaan saya menyusukan bayi dan tidak melakukan urutan yang sepatutnya. Saya sangkakan proses menyusukan bayi berjalan secara natural dan mudah. Rupanya tidak sama sekali. Ketika ini saya sangat sedih kerana gagal memberi susu yang cukup untuk anak saya. Memang stress walaupun saya cuba menggunakan pam eletrik yang disediakan pihak hospital tetapi masih gagal. Saya berazam untuk mencuba lagi sehingga saya berjaya menyusukan anak saya dengan susu ibunya sendiri. Ketika ini saya perlu bangun setiap 3 jam untuk menyusukan anak saya menggunakan syringe.

Hanya pada hari ketiga saya berjaya menyusukan anak saya dan dia juga menunjukkan perkembangan yang baik dengan menerima sepenuhnya susu yang diberikan. Oleh itu, anak saya dibenarkan keluar dari bilik intermediate untuk bersama-sama dengan saya di wad khas untuk para ibu. Emak saya sudah mula bising menyuruh saya meminta kebenaran doktor untuk discharge. Tetapi saya harus menunggu pakar datang memeriksa anak saya terlebih dahulu pada esok hari. Jadi saya memanfaatkan masa bersama-sama anak saya dengan memerhatikan dia tidur dengan nyenyak. Rasa terharu dan tak percaya bahawa dialah yang saya bawa kehulu dan kehilir sepanjang tempoh sembilan bulan. Juga saya tidak menyangka bahawa saya berjaya memperolehi anak setelah 3 tahun berkahwin dan selamat melahirkan melalui proses normal tanpa bantuan vacuum atau forsep walaupun dalam keadaan saya yang lemah. Mana tidaknya, nama untuk anak saya sendiri masih belum ada sehingga saat itu. Terpaksa saya dan husband membelek-belek buku nama-nama islam untuk mencari nama yang sesuai. Saya juga belajar memahami tabiat anak saya. Dia akan menangis dengan kuat setiap kali saya menukar pampers nya kerana tidak tahan sejuk tapi sebaik sahaja saya selesai menukar pampers dan memberi susu, dia akan tidur dengan nyenyak sehingga adakalanya untuk tempoh penyusuan berikutnya dia akan minum susu sambil tidur. Sekali sekala dia akan tersenyum sendiri. Sungguh menenangkan.

Hari keempat, saya cuba meyakinkan doktor bahawa anak saya telah serasi sepenuhnya dengan breast feeding. Setelah pakar datang memeriksa keadaan anak saya dan mendapati jaundice nya di tahap yang tidak membimbangkan, kami dibenarkan keluar. Saya sangat happy. Akhirnya percutian saya dihospital yang sangat membosankan akan berakhir. Terus saya menelefon husband saya untuk menjemput kami dihospital. Mak abah saya pun excited mendengar khabar baik ini dan akan menjemput saya untuk pulang ke Johor pada hari sabtu.

Setibanya dirumah, perasaan saya bercampur baur. Bimbang kerana tiada pengalaman menguruskan baby. Tambahan pula emak saya hanya akan datang keesokan harinya. Happy sebab saya akhirnya dapat keluar dari hospital. Sangat membosankan. Saya dah tahu sekarang kenapa ramai orang tak suka duduk hospital lelama. Seperti dalam mimpi, saya dan husband sama-sama tercengang tak tahu nak memulakan tugasan sebagai ibu dan bapa di rumah sendiri. Dengan keadaan rumah yang berserabut sejak saya tinggalkan, saya jadi rimas. Maka saya mengemas rumah dan terlupa yang saya sedang berpantang sementara husband saya menilik-nilik anaknya.Akhirnya saya dan husband terpaksa membuat keputusan meminta kakak ipar saya dan ibu mertua saya datang untuk membantu saya memandangkan kedua-dua kami tak ada pengalaman mahu memandikan baby dan sebagainya. Mujurlah mereka sanggup membantu saya sehingga mak saya datang dari Johor keesokan harinya. Bermula saat itu, saya yang merupakan seorang yang anti kepada susu dan sayur, tanpa disangka berubah semata-mata kerana baby saya. Pucuk pegaga yang tak pernah masuk dalam list makanan saya pun saya telan. Saya telah bertekad, saya sanggup makan apa sahaja untuk kebaikan anak saya.

Akhirnya, pada pagi Ahad, saya selamat dibawa pulang ke Johor dan bermulalah episod saya berpantang dan berjauhan seketika dengan husband saya selama 2 bulan dengan perjanjian bahawa husband saya harus balik ke Johor setiap hujung minggu sehingga saya menyelesaikan 'percutian' saya.

 




ladydaisy sending the message on 04:25 pm
Ceh! Ada (2) orang komen!  

____________________

Saturday, August 29, 2009

Lahirnya si anak (Part 1) - Pengalaman di antara hidup dan mati


Ya...saya sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama AISY HAFIY (kekayaan yang dimuliakan). Entry ini saya tujukan khas untuk anak saya..semoga bila dia dewasa, blogdrive masih boleh beroperasi dan masih boleh di akses maka bolehlah dia membaca saat-saat genting kelahirannya.

27/07/2009

Saya masih ke opis seperti biasa. Sudah mula rasa tegang-tegang diperut tetapi masih tidak rasa sakit pinggang yang diperkatakan sebagai tanda-tanda mahu melahirkan anak. Bekerja seperti biasa mengenangkan Board Meeting yang bakal berlangsung esok. Saya menyudahkan semua kertas pembentangan untuk Board Meeting tersebut. Husband saya menjemput saya pada jam 6 petang. Kami sempat menumpangkan opismate saya ke Summit USJ dan singgah drive thru di KFC. Sampai dirumah, saya rasa keletihan yang sangat dan sakit perut yang agak mencengkam. Selepas solat maghrib, saya tertidur seketika. Namun mengenangkan makan malam yang belum disediakan dan kasihankan husband saya yang lapar, saya gagahkan diri bangun pada jam 10 malam dan memasak ikan bawal sweet sour. Entah kenapa selera makan saya tidak seperti biasa. Saya makan seperti tiada perasaan. Kemudian saya cuba melelapkan mata. Tapi perut saya agak tegang sehingga saya sukar melelapkan mata.

 

28/07/09

Tepat jam 1.30 pagi saya dan husband mengambil keputusan untuk pergi membuat pemeriksaan di hospital serdang. Tambahan pula ini kali pertama saya mengandung, maka tiada pengalaman dan idea bagaimana tanda-tanda kelahiran bakal berlaku. Sampai di Serdang, saya terbaca satu notis yang mengatakan bahawa pesakit disarankan untuk ke hospital yang berdekatan dengan rumah kerana mereka mengalami kebanjiran pesakit. Tetapi selepas saya bertanyakan pada petugas dikaunter dan disahkan bahawa masih ada tempat untuk saya disana, saya meneruskan niat membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan, didapati bahawa pintu rahim baru terbuka 1cm. Saya disuruh berbaring sehinggan jam 6 sambil dimonitor oleh jururawat. Contraction saya bertambah kuat. Hanya tuhan sahaja yang tahu sakitnya. Husband saya pula tidak dibenarkan masuk menemani saya. Maka saya terpaksa bertahan sendirian sehingga jam 6 pagi. Sepanjang tempoh masa itu, ramai juga ibu mengandung lain yang datang ke hospital. Apa yang saya kesalkan, doktor bertugas sempat berleter tentang situasi pesakit yang datang ke hospital tersebut walaupun ada hospital lain yang berdekatan dengan rumah. Akhirnya, pada jam 6 pagi, saya disuruh pulang ke rumah dan datang semula kemudian. Sedang saya cuba membangunkan diri saya dari katil tanpa bantuan dari nurse, saya dapati ada cecair bercampur darah keluar dari celah kaki saya. Saya memanggil nurse dan doktor untuk memeriksa. Tetapi doktor bertugas dengan nurse dengan muka yang tidak menyenangkan agak keberatan untuk memeriksa saya. Dengan terpaksa, beliau memeriksa laluan rahim saya dan cecair yang keluar bersama darah tersebut dikatakan air kencing saya sedangkan saya pasti itu bukan air kencing. Walaupun saya hampir tidak boleh berjalan kerana terlalu sakit, saya tetap disuruh pulang kerumah. Saya menggagahkan diri untuk berjalan ke kereta dan saya memberitahu husband saya situasi yang berlaku. Dalam perjalanan pulang, saya menelefon emak saya dan memaklumkan keadaan saya ketika itu. Emak saya menyuruh saya kerumah mak ngah saya di kampung sementara menunggu untuk kembali semula kehospital. Tetapi contraction saya semakin kuat semasa dirumah mak ngah saya. Lalu maklang saya yang tinggal bersebelahan memutuskan untuk menghantar saya ke hospital Kajang. Sebelum ke sana, saya sempat meneguk air kerana kehausan dan juga meminum air selusuh serta minyak kelapa untuk memudahkan proses bersalin. Bidan kampung yang dipanggil melihatkan keadaan saya menganggarkan saya akan bersalin pada jam 2-3 petang nanti.

Saya tiba di hospital kajang pada jam 7.30 pagi. Nurse yang bertugas memeriksa laluan rahim saya dan mendapati sudah terbuka sebanyak 6 cm. Terus saya dipindahkan ke labor room. Doktor yang memeriksa saya mencadangkan untuk mempercepatkan kelahiran dengan membuka 2cm lagi jalan untuk baby saya. Saya dengan serta merta bersetuju kerana sudah tidak tertahan menanggung kesakitan akibat contraction. Setiap kali contraction, saya akan termuntah-muntah. Nurse bertugas panik melihat keadaan saya. Sehingga 3 kali baju saya terpaksa ditukar akibat terkena muntah walaupun saya telah dibekalkan dengan beg plastik muntah. Setiap kali contraction juga, saya terpaksa meneran walaupun nurse mengingatkan saya belum masanya lagi untuk meneran. Tetapi saya sudah tidak tertahan. Semuanya berlaku secara automatik. Contraction=muntah=meneran. Sudahlah husband saya tidak dibenarkan masuk menemani saya. Terpaksa saya menahan kesakitan sendiri. Bermacam-macam gaya. Ada ketikanya saya sehingga menggelupur kesakitan. Waktu itu saya sudah hilang perasaan malu. Yang saya tahu cuma satu...saya mahu kesakitan itu berakhir secepat mungkin. Rambut saya pun habis kusut masai ditarik seperti orang gila setiap kali contraction. Akhirnya selepas setengah jam menahan kesakitan, doktor datang memeriksa saya dan mendapati saya sudah sedia untuk melahirkan. Maka segerombolan nurse termasuk praktikal student datang menyaksikan bagaimana saya menghadapi proses kelahiran. Sakitnya tak usah cerita. Setiap kali saya cuba push, setiap kali itu juga saya akan muntah dengan banyak. Akhirnya saya kehilangan tenaga dan tidak berdaya untuk push lagi walaupun doktor dan nurse cuba memberi kata-kata semangat. Saya memang totally weak. Puas saya cuba tetapi tidak juga mampu mengeluarkan kepala baby. Dalam masa yang sama, keadaan baby semakin lemah. Akhirnya doktor terpaksa membuat episiotomi untuk membantu kelahiran baby saya. Nurse-nurse yang lain beramai-ramai menolak perut saya untuk membolehkan baby keluar dengan segera. Akhirnya, setelah berhempas pulas, baby saya berjaya dikeluarkan. Tetapi saya tidak mendengar sebarang bunyi tangisan. Rupanya baby saya hampir lemas dan terpaksa diberi bantuan oksigen.

Waktu itu barulah saya rasa lega. Hilang sekejap kesakitan saya. Kemudian nurse bertugas mengeluarkan uri dan darah-darah beku dari rahim saya. Sakit juga. Tetapi tidak sesakit waktu saya mengalami contraction. Huhu...Kemudian proses menjahit juga menyakitkan sehingga saya menjerit-jerit kesakitan. Ya Allah...kata orang sakit bersalin lebih dahsyat sehingga semasa dijahit kita tidak akan terasa apa-apa lagi. Tetapi tidak bagi saya. Memang proses bersalin menyakitkan sama seperti proses dijahit. Tanpa bius. Saya menyaksikan secara live doktor menjahit luka saya. Tambahan pula saya diberitahu ada saluran darah yang pecah. Jadi ianya mengambil masa yang lama. Selesai saya dijahit, nurse membersihkan saya. Kemudian saya diberi pad untuk menahan darah dari keluar sebelum didudukkan dikerusi roda untuk dipindahkan ke wad. Saya dimaklumkan bahawa baby saya terpaksa dimasukkan ke wad ICU kerana mengalami trauma pernafasan. Pada ketika itu otak saya seperti tidak dapat memproses apa-apa dan semacam saya lupa bahawa saya baru sahaja melahirkan seorang anak. Memang masa tu saya sangat letih dan terlalu ingin berehat.

Saya hanya berjumpa dengan husband saya semasa saya dipindahkan ke wad. Masa tu syahdu gile sbb saya menangis kepenatan manakala husband saya pulak menangis sebab selamat melahirkan anak yang ditunggu-tunggu sekian lama sambil minta maaf sebab tak dapat teman saya sekali didalam labor room. Saya  bagitahu husband saya bahawa saya serik untuk mengandung lagi. Huhu..sakitnya sangat dahsyat. Saya kira kalau husband saya ada sekali dalam labour room tu mungkin stress saya ketika tu agak berkurangan dan saya mungkin bermotivasi untuk mengeluarkan anak dari perut saya. Sekarang baru saya tahu bagaimana perasaannya mak saya semasa melahirkan saya dan mengapa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Ya...memang antara hidup dan mati. Pengalaman melahirkan anak yang tidak akan saya lupakan selama-lamanya. Kesakitannya cukup membuatkan saya trauma dan terbawak-bawak dalam tidur untuk minggu yang pertama.

 

 




ladydaisy sending the message on 09:30 pm
Ceh! Ada (6) orang komen!  

____________________

Monday, July 27, 2009

Huru Hara


Saya kelam kabut akhir-akhir ni. Saya ditransfer masuk ke anak syarikat yang baru ditubuhkan. Pening jugak saya walaupun saya sememangnya terlibat sejak sebelum penubuhan anak syarikat ni lagi. Walaupun saya ditukarkan, tapi status pekerjaan saya dan gaji masih kekal. Itu yang tak best. Saya harap ada increment...tapi gagal...kena tunggu pembentangan bajet tahun depan baru leh masukkan untuk increment.

Oleh yang demikian adalah sebab utama mengapa saya tak update blog saya sekian lama. Bos saya telah menghenyak saya dengan kerja yang bertimbun. Minggu lepas baru saya lega sikit since staff baru dah masuk. Kalau tak semuanya saya kena buat sorang-sorang. Bos saya memang out bab-bab buat paper work. Semua saya yang siapkan. Dia cuma amik kredit jek. Tu yang membengangkan saya.

Pastu yang haru lagi saya dah nak masuk 38 minggu. Hari khamis lepas saya gi checkup kat klinik kerajaan. Kebetulan masa nurse tu check, perut saya tegang. Saya ni kan first time pregnant. Jadi tak tau contraction tu macam mana ghupanya. Nurse tu terkejut bila dia rasa perut saya tegang gila dan semacam panik. Terus dia suruh saya siap sedia kerana katanya saya sedang mengalami contraction dan kemungkinan saya akan bersalin malam itu jugak atau keesokan harinya. Saya teruslah panik. Dah terbayang saya terpaksa berpantang. Jadi balik je dari klinik, saya terus ke Secret Recipe dan beli 3 slice kek. Selain dari tu saya juga bantai beli jambu batu dengan asam boi. Matlamat saya ialah untuk makan sepuasnya sebelum berpantang 2 bulan.

Kemudian saya terus telefon mak saya beritahu situasi saya. Mak saya pun dah standby jek. Saya dah terbayang rumah saya yang belum berkemas. Terus je saya balik dan mem'vacuum' rumah, mengemop lantai, basuh bilik air dan menyental dapur. Kalau masin mulut nurse tu, habislah rumah saya tunggang langgang selama 2 bulan. Jadi lebih baik saya mengemas dulu sebelum saya bersalin.

Dalam hati saya tak percaya ramalan nurse tu. Sebab saya tak rasa apa-apa pun lagi. Tapi saya standby jek. Akhirnya ternyata ramalan nurse tu salah. Saya masih stand still di sini sehingga sekarang tanpa sebarang tanda-tanda kesakitan untuk melahirkan. Dan saya masih ke office seperti biasa. Cuma yang berubah ialah husband saya menghantar saya ke office. Dia takut saya sakit semasa driving.

Sepanjang beberapa hari ni memang ramailah yang call saya tanya khabar samada saya dah bersalin ke belum. Mendengar ramai rakan seangkatan saya dah selamat melahirkan, saya yang berdebar.

Tekini saya pergi scan, kepala baby dah engaged. Cuma masih belum ada tanda-tanda lagi.  Posisi baby saya pula sedang menelentang ke atas yang akan menyebabkan proses kelahiran sedikit menyakitkan. Risau pulak saya...

Kawan-kawan, doakan saya selamat melahirkan yek!



ladydaisy sending the message on 04:06 pm
Ceh! Ada (3) orang komen!  

____________________

Thursday, July 09, 2009

Alone


Saya dah beberapa hari ditinggalkan husband. Husband saya gi outstation dr Isnin lagi. Patutnya hari ni balik. Tapi keje tak setel lagi, kena extend sampai esok. Hadoi...sebelum dia gi aritu saya sedih sgt sampaikan saya menangis sbb dia gi outstation lama sangat. Tak pernah pun sebelum ni saya nangis sbb dia takde. Cuma kali ni agak sedih sikit sbb saya dah hujung-hujung pregnant ni..takut time dia takde nanti saya terberanak pulak. Sapa yang nak anta saya gi hospital? Sapa nak temankan saya kat labor room..? huhu...sebagai persiapan, saya dah pack barang-barang saya semalam dan letak dibonet kereta in case saya terberanak ke..nampaknya saya akan menghantar diri sendiri ke hospital.

Sepeninggalan husband saya, cuma Ewo aja yg temankan saya kat rumah. Adik lelaki saya toksah haraplah. Walaupun saya dah pesan kat dia balik awal, tapi definisi awal bagi dia ialah sebelum 1 pagi. Time dia balik saya dah tido pun. Bermakna saya balik keje je, maka saya hanya bertemankan Ewo saja sampai ke malam. Husband saya pesan kat Ewo soh temankan saya. Tapi memang Ewo ni kucing yang taat. Memang betul-betul dia temankan saya. Saya sidai kain dia tunggu. Saya masak kat dapur dia tunggu. Sampaikan time saya tidur pun dia tidur sekali kat depan pintu bilik saya. Time tengok tv pun sama. Bolehla dibuat kawan ilangkan rasa takut. Maklumlah rumah itu kan tidak bergrill. Risau jugak kot ada orang pecah umah ke. Nak-nak saya tengah sarat ni. Manala ada kudrat nak melawan. Jadi saya tawakkal aje. Upah Ewo ni senang je...saya kasi dia makan cukup-cukup. Siang hari time saya kerja, saya soh dia lepak kat luar umah. Nak main ke nak hapa ke ikut suka diala. Balik je keje dia dengar bunyi keta saya, dia dah berlari balik ke rumah. Masuk umah sama-sama dengan saya. Hai kucing....kadang-kadang saya kagum dengan Ewo. Dia macam faham je. Takdela buat perangai kencing ke berak merata-rata. Berkat well trained dr dia kecik lagi. Dan berkat kena pukul bontotnya dengan husband saya kalau dia ter'lepas' dalam rumah. Serik kot...

Huhu..I miss my husband so much..Walaupun time dia ada saya rasa biasa jek, tapi sebenarnya i feel lost bila dia takde. Saya takde tempat nak mengadu. Selalu dia kena tadah telinga dengar saya cerita ttg stress saya di tempat kerja. Nak cerita through phone tak seronok. Lagipun line kat sana tak bape clear. Jadi sakit hati kalau kol tapi suara putus-putus cam robot. 

Minggu ni saya takmo gi mana-mana. Saya nak duduk umah jek. Nak rehat-rehat. Harap husband saya balik dengan selamat esok. Lamanya nak tunggu esok!

 




ladydaisy sending the message on 12:22 pm
Tengok sape nak komen?  

____________________

Monday, July 06, 2009

Antara Dua


This week saya dan nak masuk 35 weeks pregnancy. Sebulan lebih je lagi nak deliver. Saya risau terberanak awal sebab lately saya nih agak stress dengan kerja. Pastu dengan selamba je saya tak pack langsung barang untuk standby dalam keta. Oh ya...check up saya minggu lepas berjalan lancar. Saya gain extra 2kg lagi. Dan juga HB saya dah melepasi tahap minimum iaitu 11.1. Walaupun sipi-sipi je tapi cukuplah untuk membirukan dakwat dalam report card kesihatan saya tu. Mak saya pulak sibuk dok bebel-bebel kat saya sebab pakai suar jeans padahal jeans tu mmg untuk pregnant lady. Agaknya zaman dia pregnant dulu mana de pakai seluar-seluar ni. Semua bantai pakai maxi jek. Adoila...tak lalu saya nak pakai maxi. Nak tutup cerita saya pun beli je jubah. Senang. Lepas bersalin pun leh pakai lagi.

Saya masih belum menjumpai tanah yang sesuai untuk dibuat rumah. Ada satu tanah lot di Bangi Lama, luasnya cuma 4000sf jek. Tapi harga tidaklah mahal sebab tok sedara saya kira murah-murah jela. Cuma mak saya sibuk soh beli umah dah siap. Saya tak suka la umah dah siap ni. pertamanya saya takmo duduk taman atau rumah teres. Biarlah rumah saya kecik sekalipun, saya nak duk tanah lot. Saya prefer di kampung dan saya leh customize rumah saya ikut kesukaan dan citarasa saya. Abah saya kata ok jugak kalau nak beli tanah tu. Tapi kena buat umah dua tingkat la pulak sebab kawasan kecik. Ni satu lagi yang saya tak berkenan. Nak kena buat umah dua tingkat pulak...maleh rasanya turun naik tangga. Saya dah sedap duduk umah sekarang ni yang setingkat jek. Senang nak access kemana-mana dan saya tidaklah takut duduk sorang time husband saya gi outstation.

Ada satu lagi choice, tanah mak saya kat kampung kelahiran saya. Tanah tu atas bukit. Kat hujung kampung. Tak banyak rumah kawasan tu. Takle sebesar mana tapi dalam 10,000sf tu adalah. Cuma yang membantutkan ialah, nak kena buat infra dulu sbb sekarang ni tanah tu penuh ngan pokok getah. kena la tolak dulu pokok-pokok tu. Dan satu lagi obstaclenya ialah dikawasan tu banyak berlaku kes pecah rumah dan rompakan bersenjata menggunakan parang yang dilakukan oleh warga asing. Scary jugak..Kalau nak buat umah kat situ, kena ajak orang lain buat kat sebelah umah saya jugak. Barulah ada teman. Dan kosnya agak tinggi jugak rasanya sebab nak kena buat infra dulu.

Stress pasal kerja pulak ialah saya sekarang sedang ditugaskan buat kerja-kerja ground work untuk setup sebuah subsidiary company bagi projek bernilai jutaan dan bertaraf nasional. Bos saya sekarang ni telah dilantik menjadi big boss company subsidiary tu dan dia telah merequest saya untuk dibawa bersama kedalam company tu. Yang menjadikan saya stress itu ialah saya rasa saya takleh cope dengan cara dia bekerja. Unorganized. Lepas tu dia sangat punctual. Dia dah bagitau awal-awal, dia nak kalau dia datang office, semua staff dah ada kat meja. Meaning saya kena datang lagi awal dr dia which is very impossible unless saya keluar rumah jam 6 pagi. Gila hapa,....saya selamba kodok je cakap ngan dia saya takleh sampai kul 8.00. Paling awal pun 8.30 pagi dengan harapan alasan saya dapat menggagalkan cubaan dia menyerap saya masuk dalam subsidiary company itu. Haha..mulanya dia terkedu jugak bila saya jawab macam tu. Hey...tempat saya sekarang ni guna sistem masuk kerja flexible hokey. Yang penting jangan lebih dr kul 9.00 pagi. Balik kerja ikut kecukupan 8 jam bekerja la. Sampai tang dia, mentang-mentang dia dah jadi bos besar, dia nak strictkan time kedatangan pulak. Saya ingatkan bila saya bagi reason tu dia akan rasa tak best dan taknak bawak saya masuk company tu. Tapi yang peliknya dia leh reply balik kata saya diberi pengecualian. OMG! Saya kena carik alasan lain. Apapun saya kena tunggu transfer letter dari HR dulu, tengok apa yang dia nak offer kat saya. Kalau ada increment maybe saya akan reconsider. Kalau tidak berkemungkinan besar saya reject saja offer tu dan stay kat tempat saya sekarang. Cuma nanti sure dia akan tertanya-tanya kenapa pulak saya reject offer tu. Tang tu yang tak best tu...Takut pulak dia terasa hati.

Dengan macam-macam hal yang berlaku dan stress saya ditahap agak kritikal ini, mungkin saya akan beranak lebih awal tapi hopefully not today sebab saya tak prepare barang satu habuk pun dalam keta. Hehe...tak senonoh bukan?




ladydaisy sending the message on 09:33 am
Tengok sape nak komen?  

____________________

Tuesday, June 30, 2009

Rentetan Peristiwa


Semalam saya bercuti sempena kedatangan mak,abah, huda ngan farhan datang rumah saya pada hari Ahad. Johor kan cuti semalam. Jadi saya pun ambil kesempatan untuk cuti juga. Berikut saya bentangkan kronologi peristiwa yang berlaku semasa percutian saya.

Jumaat (Midnight) - Saya dan husband tengok Transformers : Revenge of The Fallen, 2 jam setengah punya movie dan berakhir jam 2.30 serta saya hanya tiba dirumah selepas jam 3 pagi. Mujurlah movie ni tidak mengecewakan. Cuma saya sedikit penat melihat robot-robot itu transform kerana nampak sedikit serabut.

Sabtu

Tengahari - Bangun lewat kerana tidur semula selepas Subuh. Keluar membeli barang stok yang kurang untuk kedai saya. Pergi jemput kereta Honda saya di workshop. Berjaya mendapatkan kompressor pada harga 340 berbanding 610 yang dikenakan oleh workshop itu. Jadi sudah jimat kos pembaikan kereta saya. Maka jumlah keseluruhan yang perlu dibayar untuk membaiki kerosakan kereta saya itu ialah RM540. Selepas ini hanya perlu buat skimming dan ganti brake pad sahaja. Maka secara automatiknya, jadual penggunaan kereta sudah berubah dan Avanza hanya akan digunakan jika diperlukan sahaja.

2.00 p.m - Adik saya yang merupakan bakal nurse di Colombia jika tamat pengajian lagi setahun tiba dirumah dari kolejnya di Melaka. Saja nak ambik angin. Saya dan husband pula berhempas pulas mengemas dan mengemop rumah. Tak lupa juga aktiviti mencuci tandas setiap bilik. Kerja-kerja mengemas hanya berakhir pada jam 6.00 petang.

6.00 p.m - Keluar untuk shopping barang Ibi di Manjaku Bandar Baru Bangi. Harga agak kompetitif ditambah lagi dengan kad diskaun ibu mengandung yang saya dapati secara percuma. Adik perempuan saya over excited dengan mengambil sahaja barang-barang yang tak termasuk langsung dalam list saya seperti manicure set for baby dan juga pembersih lidah baby supaya mulut baby tak busuk katanya. Aktiviti shopping cuba disambung selepas Maghrib di Jusco Balakong tetapi gagal kerana tidak mendapat parking yang sesuai.

10.00 p.m - Balik rumah dah layan TV selepas dinner di Kajang.

Ahad  

10.00 a.m - Bangun untuk buatkan adik saya sambal ikan bilis kegemarannya sebagai bekalan untuk dimakan di Kolej dan membuat kuah untuk kedai saya. Sedang sibuk mencuci pinggan, saya ternampak keretakan di tingkap singki dapur saya yang sebelum ini tidak kelihatan sama sekali. Saya sudah mula tidak sedap hati dan memeriksa semua dinding yang berhampiran dengan tingkap dirumah saya. Setelah melakukan pemeriksaan teliti, maka dengan ini disahkan bahawa selepas sebulan saya berpindah ke rumah itu, kesemua dinding dirumah saya telah RETAK yang bermula dari sisi tingkap hingga ke bawah. Saya terus menelefon abah saya yang dijangka bertolak ke rumah saya pada jam 5 petang untuk memaklumkan kerosakan terkini. Abah saya sangat marah dan terus sms paktam saya tentang kejadian terkini.

2.00 p.m - Saya, husband dan adik saya keluar ke KL untuk menyambung acara shopping barang Ibi serta melupakan stress akibat condition rumah saya itu buat sementara. Cadangan ke Sogo dibatalkan dan hanya bershopping di Midvalley. Jam 530 petang saya menghantar adik saya ke Puduraya untuk pulang semula ke kolejnya.

9.00 p.m - Mak, abah dan adik saya tiba menaiki Hilux dengan membawa tangki air yang mahu dipasang dirumah saya. Setelah melihat keretakan itu, abah saya sekali lagi naik angin. Semuanya gara-gara paktam saya yang tidak mendengar dan menuruti kehendak abah saya semasa membuat rumah itu. Sms abah saya kepada paktam saya masih tidak berjawab dan abah saya cuba menghantar sekali lagi. Ketika abah saya mahu solat Isya', paktam saya menelefon abah saya dan berlaku pertengkaran mulut. Abah saya menuntut janji paktam saya yang mengatakan bahawa sekira ada retak berlaku, dia akan pulangkan semula duit abah saya sebanyak 94k itu. Perbualan berakhir dengan abah saya hilang sabar mendengar kata-kata paktam saya yang dirasakan tidak berasa dan abah saya mula meninggikan suara.

10.30 p.m - Mak saya turut menjadi mangsa kerana cuba membela adiknya. Saya kira kesabaran abah saya selama ini sudah sampai hadnya. Mana tidaknya, sudahlah rumah itu dibina tanpa mengikut spec abah saya walaupun sudah di request secara detail, kemudian tanpa tangki air, dan singki bilik air hanya sebiji sahaja diberi, kebocoran di plaster ceiling, cat dinding yang berbelak dan kini ditambah lagi dengan RETAK dalam tempoh SEBULAN! Itu yang abah saya tak boleh terima langsung. Dan paktam saya seolah-olah lepas tangan walhal dialah kontraktornya. Abah saya menuntut dipulangkan semula duit rumah itu seperti yang paktam saya janjikan dahulu. Suasana yang ceria semasa ketibaan mak abah saya dirumah saya kini bertukar menjadi tegang. Semua sudah hilang mood untuk keluar makan. Akhirnya, mak saya cuba berunding dengan paktam saya tentang hal ini dan paktam saya bersetuju memulangkan semua duit yang dikeluarkan abah saya untuk membuat rumah itu.

11.30 p.m - Selepas balik dari makan di Kajang, kami duduk semula berbincang tentang rumah saya ini. Mak saya terkejut bila ke dapur dan melihat cat dinding saya yang bertompok-tompok seperti kebasahan. Huhu...kalau nak tahu, dinding rumah saya special seperti sumpah-sumpah. Ia akan bertukar suhu ketika hujan dimana seluruh dinding seperti kain lembap dan cat mula bertompok-tompok kebasahan dan sebaliknya kelihatan rata seperti tiada apa-apa yang belaku ketika hari panas terik. Perbincangan berakhir dengan cadangan kami perlu keluar dari rumah itu dan cari rumah baru.

Isnin

8.00 a.m - Abah saya masih belum tahu keputusan untuk keluar dari rumah itu. Pagi ini sekali lagi mak saya menelefon paktam saya untuk menjernihkan keadaan dan menerangkan situasi sebenar. Paktam saya beralah dah bersetuju jika kami mahu pindah sahaja dari rumah itu tetapi saya dan husband dicadangkan tinggal dahulu sehingga rumah baru saya siap atau sekurang-kurangnya sehingga saya bersalin. Mak saya bersetuju dengan cadangan paktam saya. Kata sepakat sudah dicapai. Duit akan dipulangkan dan ini bermakna SAYA TERPAKSA PINDAH SEKALI LAGI!!!!!!!! Oh tidak.....!! Saya sudah terbayang kepenatan mahu pack semula barang-barang saya. Mujur banyak lagi barang yang saya belum keluarkan dari kotak. Bermakna kami perlu mencari tapak rumah baru untuk membina semula rumah saya.

10.00 a.m - Saya, mak dan huda keluar ke KL untuk membeli barang mak saya. Dalam perjalanan balik, saya diberitahu ada suprise sedang menunggu dirumah saya. Dalam hati sudah saya jangkakan sesuatu. Tetapi saya sabar. Sampai dirumah, tahu apa berlaku? Cornice plaster ceiling didapur rumah saya sudah runtuh. Huhu...itulah petanda besar bahawa saya memang perlu pindah dari rumah itu. Mujur ketika itu saya bukan sedang memasak. Boleh dibayangkan jika ketika itu saya sedang memasak, dan cornice itu jatuh menimpa saya. Tak ke haru jadinya?

Conclusionnya :

SAYA DAN HUSBAND KENA PINDAH LAGI!!!!! HUHU...!!cry

 




ladydaisy sending the message on 09:18 am
Ceh! Ada (3) orang komen!  

____________________

Friday, June 26, 2009

New Recipe


Semalam berchatting dgn Leyha bercerita tentang keseronokan beliau makan di rumah ibu mertua. Nampaknya kawan saya ni akan gumuk sebelum balik ke UK semula. The way dia bercerita buat saya rasa nak makan on the spot jugak lauk-lauk yang digambarkan. Most of lauk yang dia makan berasaskan tempoyak which is my favourite. Husband saya yang tak berapa nak suka sangat tempoyak, semenjak saya pregnant ni, suka gila-gila makan tempoyak.

Setelah menuntut resepi baru dari leyha, semalam saya mulakan cubaan memasak resepi baru ni. Talapia bakar bersalut tempoyak. Tengok nama je dah cukup kecur air liur. Saya dan husband dengan bersemangatnya gi beli ikan talapia kat kedai walaupun kitaorang sampai di Bangi dah maghrib. Dapat jugakla cari ikan talapia merah 2 ekor dgn talapia hitam 2 ekor.

Sesi masak-masak saya bermula selepas solat maghrib. Seperti biasa husband saya tugasannya ialah memasak nasi sementara saya masak lauk. Cuma satu je bahan yang kurang iaitu daun pisang. Puas saya carik daun pisang kat kedai runcit tu, tapi takde. Penyudahnya saya pakai aluminium foil je.

Selepas berhempas pulas menyediakan menu baru kami, hasilnya jeng! jeng! jeng!...KURANG MEMBERANGSANGKAN. Kerana saya menggunakan aluminium foil, Jadi ikan yang sepatutnya terbakar ala-ala garing sikit bertukar menjadi ikan bakar yang tidak serupa dibakar. Huhu..Lagi satu saya lupa nak kelar badan ikan tu supaya salutan tempoyaknya meresap ke dalam daging ikan. Lagipun saya bakar atas frying pan. So maybe api tu tak membakar ikan saya dengan jayanya. Jadi saya mengkategorikan hasil masakan saya ialah LULUS BERSYARAT...iaitu sipi-sipi lagi nak failed. Hehe...takpe..saya dah tau mana mistake saya, so lepas ni saya nak try skali lagi. Kali ni saya nak pakai jugak daun pisang dan bakar betul-betul atas api menggunakan grill. Resepinya seperti berikut:

Ditumbuk sehingga lumat:

  • Cili Api ikut kesukaan (nak pedas tambah banyak-banyak)
  • Garam Kasar sesudu kecil
  • Bawang kecil (sebiji untuk seekor ikan)
  • Kunyit hidup sedikit

Setelah lumat semua bahan diatas, barulah masukkan tempoyak dan gaul sehingga sebati. Masa ni bau dia dah memang membuatkan saya rasa nak makan begitu sahaja.

Seterusnya, lumurkan bahan campuran tempoyak tadi dengan rata diatas badan ikan yang telah dikelar tadi. Sebelum dibungkus dengan daun pisang, adalah lebih afdhal kita meletakkan daun kunyit yang telah dibelah dua disebelah kanan dan kiri ikan tersebut untuk mendapatkan aroma yang lebih menggiurkan.

Selepas itu barulah dibalut dengan daun pisang serta disematkan dengan lidi dengan kemas supaya bahan salutan tadi tidak menjejeh keluar dari bungkusan ikan tersebut. Kemudian bakar ikan diatas api yang kecil selama 30-40 minit.

Bila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Enak dimakan begitu sahaja..

Walaupun saya mengalami kegagalan, tetapi saya akan cuba lagi sekali. Kali ini sure jadi punya..Thanks to leyha kerana berkongsi resepi ini dengan saya. memang saya makan bertambah sampai perut saya tegang dan baby saya takde ruang nak berguling dalam perut saya. Memang marvellous!




ladydaisy sending the message on 09:19 am
Tengok sape nak komen?  

____________________

Thursday, June 25, 2009

Revenge


Haha..saya kasi sikit je dari full title citer ni. Setelah puas bersabar membooking secara online, akhirnya berjaya jugak dapatkan movie ticket citer ni esok malam tepat jam 12. Kat alamanda kan...so tak le sesendat di KL. Kalo cinema kat Kl sure fully booked punya. Actually adik saya ada kaki dlm GSC MV tu...tapi malehla saya nak pergi sampai ke sana..jauhhhh....Yang penting saya leh tengok malam esok..seronoknya!

Kereta saya pulak hari ni siap. Selepas berhempas pulas carik spare part kat kedai half cut, akhirnya jumpa jugak. Harga 1/2 lagi murah dari yg workshop tu quote saya. Alhamdullillah...harapnya lepas ni masalah keta saya leh di solve kan. Pasni saya aim nak ketuk bonet depan dan cat semula bonet yang kemek akibat accident hasil pemanduan husband saya tu.

Start esok sampai ahad ada cat show kat MV. Saya confirm akan pergi. Saya nak beli makanan Ewo yang mmg lebih murah sikit dr biasa. Pastu saya nak tgk kucing-kucing yang for adoption tu. Kawan saya interested nak bela kucing.Jadi lunch hour esok saya akan pergi sana untuk mengelakkan kesesakan di hari Sabtu dan Ahad.

This week mak abah saya akan datang ke rumah. Jalan-jalan. Saya pun dah amik cuti Monday since diaorang akan stay sampai monday. Saya nak relax. AL saya sebenarnya tinggal 5 days je lagi. Tapi since saya takde maternity leave dan terpaksa amik unpaid leave 2 months, saya pun berpoya-poya habiskan cuti saya. Alang kepalang la kan.

Saya lum beli baju raya untuk husband saya lagi. Lagi satu saya sedey nak tinggalkan husband saya untuk balik berpantang ke Johor. Siapalah yang akan uruskan hal makan minum dia. Husband saya tu dahla seorang pemakan. Setiap kali saya masak dia akan makan bersungguh-sungguh. Jadi bila mengenangkan yang dia terpaksa beli dikedai yang tak berapa kena dengan selera dia, saya jadi susah hati sikit. Tang gosok baju tu saya dah suruh dia hantar dobi je setelkan.Sehelai RM2..baju kerja seminggu cuma cost RM10. so okaylah..dia takyah susah-susah nak gosok. Kang habis berlubang seluar ngan baju. Cuma basuh baju je la dia kena buat sendiri.

Yang pasti saya dah kena set mind sekarang, yang rumah saya akan bersepah luar dan dalam selama 2 bulan ni. Maklumlah yang tinggal cuma orang bujang je.Saya nak kena upah seseorang mengemas umah dihujung minggu gamaknya.




ladydaisy sending the message on 12:18 pm
Tengok sape nak komen?  

____________________




ladydaisy
November 29th 1980  (Age 31)
Female


   


<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




My Favourite::.

Amat
Leyha
SMKAS 93-97
Abg Rafik


Free Web Counters
Free Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Contact Me
rss feed

Blogdrive