Wednesday, August 06, 2008

Akhirnya


Akhirnya aku dapat kembali menulis. Setelah lebih seminggu internet down, memang menyeksakan. Tak dapat check emel, tak dapat transfer duit online, tak dapat book online movie ticket dan 1001 macam benda yang aku biasa buat bila ada internet. Memanglah aku takleh hidup takde internet.

Last week memang aku letih dalam erti kata sebenar. Letih menolong member baik aku yang juga merupakan ex aku kawen. Akulah yang ambik hantaran dia, ambik kek kawen dia, anta barang-barang untuk nikah, jadi pengiring masa dia nikah dan juga masa bersanding. So aku memang sibuk. Apapun Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Walaupun penat, tapi kerana kawan aku rela. Nasib baik start 1hb Ogos, secara rasminya aku dah handover kedai aku pada Syafiq. So, hari Sabtu & Ahad,bolehlah aku mengular walaupun hakikatnya waktu petang aku tetap memastikan diri aku ada di Midvalley sebab aku tak berapa percaya dengan skill adik aku tu. Huhu...memang nervous menunggu aku start kerja. Harap-harap kedai aku akan tetap berjalan lancar walaupun komitmen aku dah kurang 50% kat sana. Cuma satu perkara yang aku risaukan, kucing aku masih tiada penjaga. Mungkin aku kena mula buat jadual makan yang baru untuk diaorang dan aku kene biasakan diaorang untuk makan lebih dry food instead of boiled fish.

Akhirnya jugak mulai bulan nie sewa kedai aku dah naik. Sama juga macam kes petrol. Bila petrol naik harga barang semua naik. Tapi petrol dah naik 2 kali harga makanan kat kedai aku masih tak naik-naik sebab aku beranggapan aku masih boleh absorb kenaikan harga tu dengan adjust sikit sebanyak kat produk tu sendiri. But, bila sewa kedai aku naik, aku terpaksa naikkan harga produk aku sebab kenaikan itu sangatlah tidak tertampung kalau aku masih kekalkan harga yang lama dan akhirnya aku terpaksa juga buat keputusan yang agak berat tetapi sangat perlu untuk business aku. Ada jugak regular customer yang terkezut bila datang kat kedai aku tu. Harap-harap diaorang faham.

Akhirnya juga Huda dah report duty kat Jab.Ak*****n Neg. Dia mintak posting ke Sabah atau Sarawak. Nak adventure katanya. Bagus jugak. Ada sebablah kitaorang nak berjalan-jalan ke sana nanti. Cuma belum pasti lagi approve ke tidak. Mana-mana pun sama. Yang penting pandai jaga diri.

Esok akan jadi hari yang meletihkan jugak sebab esok aku kene kemas satu rumah.







ladydaisy sending the message on 12:15 am

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




____________________




ladydaisy
November 29th 1980  (Age 28)
Female


   


<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




My Favourite::.

Amat
Leyha
SMKAS 93-97
Abg Rafik


Free Web Counters
Free Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Contact Me
rss feed

Blogdrive