Friday, August 08, 2008
Aku ada masalah. Tak tahu nak buat macam mana. Rumit.
Ceritanya begini. Aku ada seorang kawan perempuan. Memang rapat sejak belajar di 'U' lagi. Sekarang ni aku dan dia sama-sama meniaga. Tapi bukan berkongsi perniagaan. Tempat lain-lain. Jenis perniagaan sama. Makanan. Kategori produk plak jauh berbeza.
Satu hari dia telefon aku. Minta tolong. Nak pinjam duit sedikit. Nak kembangkan bisnes di tempat baru katanya. Kalau ikutkan aku tak boleh beri dia pinjam sebab aku pun dalam proses pengembangan bisnes ditempat baru juga. Kebetulan aku ada sedikit duit yang aku reservekan untuk pekerja aku. Dia minta tempoh seminggu untuk pulangkan duit tu. Aku setuju dan beri dia pinjam. Hujung minggu itu dia sms aku. Minta maaf tak dapat pulangkan duit sebab belum dapat rolling. Aku kata tak apa. Dia janji nak bayar otet-otet (ansuran) setiap hari sehingga habis. Aku setuju juga. Janji dia bayar semula. Esoknya dia masukkan jumlah ansuran yang dia janjikan. Tapi berhenti disitu saja. Sejak hari itu dia langsung tak masukkan duit sehingga sekarang. Aku fikir mungkin dia ada masalah. Aku cepat-cepat mempositifkan diri aku. Kemudian aku telefon dia untuk bertanya masalah dia. Dia tak angkat langsung telefon aku. Aku sms pun tak berbalas. Seolah-olah aku adalah seorang ALONG (walaupun ya, aku anak sulung) yang sedang menuntut duit.
Sejak hari tu, aku bingung. Kerana duit itu sudah sampai masa untuk digunakan pada tujuan asalnya. Setiap hari aku cuba telefon tetapi tak berjawab sehingga satu hari akhinya dia angkat telefon. Menangis-nangis minta maaf. Katanya dia sedang mengalami kejatuhan yang paling buruk dalam sejarah hidupnya. Aku simpati dengan nasibnya. Kerana dia sudah berkeluarga dan anaknya masih kecil lagi. Dia minta diberi tempoh seminggu lagi. Sebenarnya aku lebih risaukan keadaannya walaupun aku memang perlu menggunakan duit itu. Sebab dia kawan aku. Aku terkilan kerana walaupun dia mengalami masalah, tetapi bagi aku semuanya boleh dibawa berbincang. Aku pun bukanlah seorang yang kejam yang tak mengambilkira situasi orang lain. Aku bilang pada dia, kalau dia anggap aku kawan dia pasti dia berterus terang dengan aku tentang masalah dia. Dan dia mengaku kesilapan dan minta maaf dengan janji perkara ini tak akan berulang lagi. Dia jugak kata dia tersangat malu sebab tak dapat menunaikan janjinya.
Tetapi rupanya setakat itu sahaja. Sehingga hari ini tempoh yang diminta telah lama berlalu. Dan aku masih confuse, perlukah aku telefon dia dan bertanya apa sebabnya dia menyepikan diri atau biarkan sahaja dengan harapan dia ingat janjinya itu.Walaupun duit itu bukan lagi subjek utama, tetapi perbuatan dia terhadap kawannya sendiri. Sekarang aku faham kenapa orang selalu kata, kerana duit kawan menjadi lawan, saudara menjadi seteru. Di pihak aku jauh sekali menganggap dia lawan kerana dia adalah kawan aku dan akan tetap menjadi kawan aku selamanya. Tetapi mungkin dia sendiri yang berasa kekok kelak. Dan mungkin itulah yang akan menjadi permulaan jurang persahabatan kami berdua. Aku pula jadi bingung, apa yang perlu aku buat?
ladydaisy sending the message on 11:40 pm
 |  |  |
abg_rafik September 16, 2008 10:07 AM PDT
nani, adakah org itu abg kenal?
adakah dia yg dimaksudkan hehe...abg rs je sbb abg tau dia mniaga ms gi kduri iwan thn lps tu |
 |

 |  |  |
Nani August 18, 2008 01:28 PM PDT
tu la..rasa cam nyesal jek..bukan sebab taknak bagi..sebab ending camnie...waa...aku cam jahat jek.. |
 |

 |  |  |
anonymous August 18, 2008 02:21 AM PDT
Pesan orang tua-tua, jangan sekali-kali pinjam kan duit walaupun sedikit pada sedara-mara dan kawan-kawan kalau taknak nanti akhirnya bermusuh. Kalau tak bermusuh pun, memang takkan dapatlah balik duitnya tu. Boleh jadi pengajaran lah kan. Orang-orang ni, bila dah pinjam duit, seolah2 kita pulak yang berhutang dengan dia. Kite pulak jadi musuh dia. Sabar sajalah. |
 |
____________________