Wednesday, July 16, 2008

Anak


Tadi ptg aku teman huda gi jupe specialist utk wat treatment muka dia kat Vistana Hotel.Aku tak tengok la doc tu buat macam mana sebab aku gi check in bilik mak n duduk layan tv sementara dia buat treatment tu.Dia ajak aku wat treatment skali tapi aku takmau.Muka aku setakat nie takde masalah jerawat ke hapa.S aku malas nak kacau kestabilan kulit muka aku buat masa nie.Tapi teringin jugak nak tau benda2 lain coz diaorg kata doc nie ada wat cucuk vit c, dsb. Hormon pun ada jugak. Mana tau kalo aku amik hormon leh wat pregnant ke..mana la tau.

Cakap pasal pregnant nie aku da 2 1/2 tahun kawen tapi lum ada anak. Aku merancang ke? Nak kata planning tak jugak.Cuma masa awal2 kawen dulu ada la pk nak stabilkan kehidupan dan career la kononnyer. Pastu tambah2 lak sejak bisnes sendiri aku sibuk la jugak. Mana nak ke kedai, handle stock dsb. Memang lepak la. Cuma akhir2 nie je sejak aku pakai 3 workers baru dapat relax kat umah sket.Senang la.Kalo tak hari kene gi sana dr pagi smpai 10 mlm. Balek bukan leh tido. Nak prepare bahan2 meniaga 2-3 jam.Makan pun tak teratur. Ikut sempat jek. Nasib baik husband aku understanding.

Mula2 tu aku tak heran pun tak de anak lagi. Sebab mak aku pun kata jgn rushig sgt. Dia pun tak prepare lagi nak jadi nenek. Biasanyer yg rajin menanya mak mentua aku la. Macam2 la nasihat yg aku dengar dr semua orang tmasuk member2 opis. Tapi dah takde rezeki nak kata apa.

Bila dah masuk tahun kedua baru aku rasa risau. Sebab member2 lain anak da membesar. Tambah lagi aku tak larat nak menjawab soalan2 yang merimaskan. Biasanya aku akan jawab laki aku yang pregnant...hehe...senang cite.Laki aku pun bile aku suggest amik anak angkat dia takmau. Dia rela takde anak dr amik anak angkat. Dah macam tu kata dia...aku pun tak kisah.

Masa baru2 aku dapat keje tu lagilah bertambah risaunya. Sebab aku kontrak 2 tahun. Dah tu tuan president siap cakap dia harap aku x pregnant spjg bekerja kat sana sbb rugi masa kontrak tu. Yela...cuti bersalin da 2 bulan. Itu ini lagi.Aku diamkan jek. Dalam kepala aku pikir mampus aku camni. Dua tahun takde anak,tambah lagi dua tahun maknanya 4 tahun la aku takkan ada anak. Tapi aku da check ngan HR. tak jadi masalah kalau aku pregnant dlm tempoh kontrak tu.Lega sikit aku dengor. Kalo tak mak bapak aku and laki aku mesti jenuh nunggu cucunye tak keluar2.Huhu...

Last2...untuk mengubat kesepian kitaorg laki bini, kitaorang ada la bela anak kucing smpai empat ekor. Cerewetnya...Masya-Allah. Yang dua ekor tu kuat makan sesangat sampai dalam masa sminggu naik berat badan 1/2 kilo. Yang lagi dua tu pulak takde selera makan. Penyakit toksah cakapla. Da dekat ribu agaknya kalo kira2 kos kehidupan diaorang nie. Nak buat camne....itu jela pengarang jantung kitaorg buat masa nie.Melayan karenah sekor2 memang kelakar.

Sekarang ni aku rasa aku kene la buat sesuatu. Mana la tau. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Tak pasal2 pulak kang aku dipersalahkan.Huhu...Better late than never.Ye tak?



ladydaisy sending the message on 10:51 pm

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




____________________




ladydaisy
November 29th 1980  (Age 28)
Female


   


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




My Favourite::.

Amat
Leyha
SMKAS 93-97
Abg Rafik


Free Web Counters
Free Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Contact Me
rss feed

Blogdrive