Monday, July 21, 2008

Monday Blues


Hari ni aku dilanda kesedihan sesangat. Dah lama aku tak rasa sesedih nie. Kehilangan sesuatu yang aku sayang dalam hidup memang perit. Mungkin sebab tu dulu aku pernah cuba tidak menyayangi sesiapa atau apa2 untuk suatu jangkamasa yang agak lama kerana aku tak mahu merasai kehilangan sesuatu yang disayangi.

Tapi hari ini aku bersedih lagi. Kerana kucing yang aku sayang mati dalam pelukan aku. Butang yang sakit sejak hari pertama aku ambil dah mati sekarang. Kenapa?? Mulanya Butang cuma cirit birit. Sembuh dari penyakit tu dia di serang selsema. Sembuh dari selsema dia demam. Sembuh dari demam, dia kecacingan. Sembuh Dari kecacingan, dia dijangkiti kutu telinga yang mengakibatkan dia demam berpanjangan seterusnya dijangkiti virus yang menyebabkan lung infection dan akhirnya pagi tadi masa aku ke Vet UPM di PJ untuk mendapatkan surat reference supaya Butang boleh dimasukkan ke Hospital Veterinar UPM, dia menghembuskan nafas terakhir.

Pagi tadi masa aku bangun dari tidur dia mengiau2. Sempat aku suapkan air ke mulut dia. Terus aku bergegas bersiap untuk bawa dia ke Vet. Dalam kereta pun sebenarnya dia dah menunjukkan tanda2 yang negatif sehinggakan tak berdaya nak mengangkat kepalanya. Tiba di Vet pada jam 10, sementara aku menunggu giliran, nafasnya semakin berombak dan membuat aku jadi panik dan terus menangis. Aku minta doc check keadaan Butang dan doc advise supaya aku terus ke hosp UPM. Odw aku masuk ke kereta dia mengiau dan terus meninggal. Sedih teramat sangat sehingga aku berlari semula ke klinik dan minta doc periksa keadaannya sekali lagi. Bila Doc dah mengesahkan Butang dah mati, terus aku menangis semahunya tanpa memikirkan apa2 lagi. Inilah saat yang paling aku benci. Menangisi dan merindui kehilangan sesuatu yang aku sayang, yang aku belai, yang aku jaga dengan rapi....tetapi akhirnya meninggalkan aku juga. Bayangkan aku menjaga dia seperti anak sendiri dan mati dalam pelukan aku....Sehingga saat ini, walaupun Butang telah selamat aku kebumikan didepan rumah aku...aku tetap merindui kelibatnya didalam rumah aku. Betapa aku tidak bersedia untuk menghadapi kehilangan Butang. Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak faham perasaan aku sekarang mengatakan bahawa aku bodoh kerana menangisi kematian seekor kucing. Tetapi itulah apa yang aku rasa saat ini dan aku berharap Butang bersemadi dengan aman dan memaafkan aku jika ada terkasar perbuatan sepanjang dia dalam jagaan aku.







ladydaisy sending the message on 02:11 pm

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




____________________




ladydaisy
November 29th 1980  (Age 28)
Female


   


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




My Favourite::.

Amat
Leyha
SMKAS 93-97
Abg Rafik


Free Web Counters
Free Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Contact Me
rss feed

Blogdrive