Tuesday, July 22, 2008

Durian


Aku sukeee sangat makan durian. Favourite food dari kecik sampai skang. Kalo kat umah tu memang akulah yang paling kuat makan durian. Sebakul durian tu aku boleh balun sorang2. Orang lain takde la minat sgt durian nie. Biasanya bile tiba musim durian, kawan2 mak aku yang ada kebun dengan murah hati menghadiahkan berbakul2 durian ke rumah kitaorang. Tukang makannya siapa lagi kalo bukan aku.

Sejak da kawen nie aku jarang la dapat makan durian puas-puas macam dulu. Bila musim durian tiba jek mak aku akan datang ke kl semata-mata nak hantar durian kat aku. Padahal bukan aku tak boleh beli kat kl ni. Cuma rasanya tak berapa best sangat kot berbanding durian fresh yang selalu kitaorang dapat kat umah dulu. Tapi bukan aku yang mintak. Aku cuma tanya je samada kat johor skang da musim ke belum...dia yang beria2 nak kasi durian kat aku. Hai...bertuah badan. Takut aku kempunan kot...hehe.

Skang nie aku tgh gila makan durian kat chow kit. Macam-macam jenis ada. Udang Merah lah...Musang King lah....D2 lah..D24 lah...Durian Chini lah..tah hapa-hapa nama lagilah. Setakat nie kalo aku gi Chow Kit aku suka beli durian Udang Merah. Sedap gile rasa dia. Lemak berkrim disukai ramai. Isi tebal. Biji pun kecik je. Ada tu tak ade biji pun. Isi semata. Puas hati. Kadang-kadang tu waktu malam aku teringin nak makan durian aku ajak laki aku gi chow kit. Duduk le kitaorang lepak-lepak kat situ makan durian. Semua aku dah rasa la. Kecuali Musang King. Mahal sangat. Sekilo sampai 20 hengget. Mak aihh...takdele aku nak membazir duit aku beli durian sebijik rege 40-50. Baik beli Udang Merah yang sekilo 7 hengget je tu. Kalo makan kat situ banyak leh dapat diskaun. Pakcik jual durian tu pun da kenal muka kitaorang.

Hm...skang da musim durian. Mak pun da suruh aku balik makan durian. Kenalah aku cari time yang seswai nak balik johor. Yang paling best sekali mesti ada tempoyak. Yummy!!!. I love tempoyak. Enak dimakan begitu saja..Huhu....bestnye!!

Mak, siap sedia ajelah...Aku akan balik kg dalam masa terdekat nih..!



ladydaisy sending the message on 05:24 pm

Amat
July 23, 2008   02:12 PM PDT
 
aku dah lama tak makan durian..
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




____________________




ladydaisy
November 29th 1980  (Age 28)
Female


   


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




My Favourite::.

Amat
Leyha
SMKAS 93-97
Abg Rafik


Free Web Counters
Free Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Contact Me
rss feed

Blogdrive