Friday, July 25, 2008

Shopping Mania


Semalam aku lepas geram. Dah lama aku tunggu Jcard Sale ni.Aku memang dah prepare mental dan fizikal untuk ini. Dah simpan duit secukupnya untuk dibelanjakan untuk ini jugak. Aku pun dak ajak adik-adik aku, husband aku, kawan aku untuk ambik cuti semalam join aku gi shopping. Diaorang semua setuju join acara bershopping.Maka beramai-ramailah kitaorang ke sana.

Kitaorang sampai kat sana kul 11.30 pagi. Masa tu kat luar memang dah jem gile.Parking pun semua dah full.Tapi kitaorang manage untuk naik zon G dan parking kat atas. Sampai je kat sana tengok dah beribu-ribu manusia bersesak-sesak shopping. Pelik jugak. Diaorang nie kul bape sampai agaknya. Agaknya dari kul 8 pagi masa Jusco start bukak diaorang da start shopping. Maklumlah sale 70% semuanya. Mana tak rambang mata. Lagi pulak dah nak raya. Shopping raya sekali lah kot.

Tempat pertama yang aku tuju ialah Ladies Dept. Since da nak kerja nie, aku kene beli office sut beberapa pasang. Perghh....penat mencari saiz yang seswai. Nak pulak aku nie golongan bersize kecik. So susah sikit nak cari yang match. Setelah puas bersesak-sesak, dapat jugak apa yang aku nak. Hoho...banyak gile baju-baju yang aku ambik. Nampak yang berkenan jek terus masuk bakul. Sampai membukitlah bakul tu. Laki aku ngan Syafiq awal-awal dah surrender gi kat tempat lain. Taknak jadi mangsa angkat bakul aku. Nasib baik huda ada ngan aku. So kitaorang bergotong royong la mengangkat bakul yang dah terlebih muatan. Sempat jugak belikan mak,abah ngan adik2 aku baju sorang sehelai. Dek kerana excited nak bershopping, sampai tak fikir nak makan ke minum langsung. Cuma break untuk sembahyang jek. Sedar tak sedar dah kul 5 petang. Masa tu baru la terasa lapar. Itupun aku belum beli kosmetik, kasut and handbag. Last-last aku decide barang-barang lain aku akan beli next time je. Kaki pun dah nak tercabut. Nasib baik banyak cashier kaunter yang dibuka. So takdelah beratur panjang nak membayar. Bila part membayar aku serahkan semua tugas tu pada laki aku. Huhu...sedar tak sedar, kitaorang da berbelanja lebih dr 2 ribu. Hoho...memang gile.

Bila da break makan and minum, kitaorang sambung lagi shopping. Kali nie kat supermarket pulak. Borong barang-barang dapur. Tapi dekat market tak seramai kat floor atas. Dan aku perhatikan barangan yang di offer kat market tahun nie tak sebanyak tahun lepas. Tahun lepas kat situ memang ramai gile. Tapi semalam aku boleh berjalan menyorong trolley dengan selesa.

So, kesimpulannya, setelah mengumpul segala resit-resit pembayaran untuk hari itu, kitaorang entitle untuk dapat voucher Jusco bernilai RM255.00. Yess...!! Boley angkat sepasang lagi sut lepas nie guna voucher tu..heheh..Puas hati.Acara shopping kitaorang hanya berakhir pada jam 9 malam iaitu selepas 9 jam bershopping. Balik rumah apa lagi...tidur dengan nyenyak akibat kepenatan bersukan di Midvalley.




ladydaisy sending the message on 11:19 am

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




____________________




ladydaisy
November 29th 1980  (Age 28)
Female


   


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




My Favourite::.

Amat
Leyha
SMKAS 93-97
Abg Rafik


Free Web Counters
Free Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Contact Me
rss feed

Blogdrive