Wednesday, August 06, 2008

Akhirnya


Akhirnya aku dapat kembali menulis. Setelah lebih seminggu internet down, memang menyeksakan. Tak dapat check emel, tak dapat transfer duit online, tak dapat book online movie ticket dan 1001 macam benda yang aku biasa buat bila ada internet. Memanglah aku takleh hidup takde internet.

Last week memang aku letih dalam erti kata sebenar. Letih menolong member baik aku yang juga merupakan ex aku kawen. Akulah yang ambik hantaran dia, ambik kek kawen dia, anta barang-barang untuk nikah, jadi pengiring masa dia nikah dan juga masa bersanding. So aku memang sibuk. Apapun Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Walaupun penat, tapi kerana kawan aku rela. Nasib baik start 1hb Ogos, secara rasminya aku dah handover kedai aku pada Syafiq. So, hari Sabtu & Ahad,bolehlah aku mengular walaupun hakikatnya waktu petang aku tetap memastikan diri aku ada di Midvalley sebab aku tak berapa percaya dengan skill adik aku tu. Huhu...memang nervous menunggu aku start kerja. Harap-harap kedai aku akan tetap berjalan lancar walaupun komitmen aku dah kurang 50% kat sana. Cuma satu perkara yang aku risaukan, kucing aku masih tiada penjaga. Mungkin aku kena mula buat jadual makan yang baru untuk diaorang dan aku kene biasakan diaorang untuk makan lebih dry food instead of boiled fish.

Akhirnya jugak mulai bulan nie sewa kedai aku dah naik. Sama juga macam kes petrol. Bila petrol naik harga barang semua naik. Tapi petrol dah naik 2 kali harga makanan kat kedai aku masih tak naik-naik sebab aku beranggapan aku masih boleh absorb kenaikan harga tu dengan adjust sikit sebanyak kat produk tu sendiri. But, bila sewa kedai aku naik, aku terpaksa naikkan harga produk aku sebab kenaikan itu sangatlah tidak tertampung kalau aku masih kekalkan harga yang lama dan akhirnya aku terpaksa juga buat keputusan yang agak berat tetapi sangat perlu untuk business aku. Ada jugak regular customer yang terkezut bila datang kat kedai aku tu. Harap-harap diaorang faham.

Akhirnya juga Huda dah report duty kat Jab.Ak*****n Neg. Dia mintak posting ke Sabah atau Sarawak. Nak adventure katanya. Bagus jugak. Ada sebablah kitaorang nak berjalan-jalan ke sana nanti. Cuma belum pasti lagi approve ke tidak. Mana-mana pun sama. Yang penting pandai jaga diri.

Esok akan jadi hari yang meletihkan jugak sebab esok aku kene kemas satu rumah.







ladydaisy sending the message on 12:15 am
Tengok sape nak komen?  

____________________

Friday, July 25, 2008

Shopping Mania


Semalam aku lepas geram. Dah lama aku tunggu Jcard Sale ni.Aku memang dah prepare mental dan fizikal untuk ini. Dah simpan duit secukupnya untuk dibelanjakan untuk ini jugak. Aku pun dak ajak adik-adik aku, husband aku, kawan aku untuk ambik cuti semalam join aku gi shopping. Diaorang semua setuju join acara bershopping.Maka beramai-ramailah kitaorang ke sana.

Kitaorang sampai kat sana kul 11.30 pagi. Masa tu kat luar memang dah jem gile.Parking pun semua dah full.Tapi kitaorang manage untuk naik zon G dan parking kat atas. Sampai je kat sana tengok dah beribu-ribu manusia bersesak-sesak shopping. Pelik jugak. Diaorang nie kul bape sampai agaknya. Agaknya dari kul 8 pagi masa Jusco start bukak diaorang da start shopping. Maklumlah sale 70% semuanya. Mana tak rambang mata. Lagi pulak dah nak raya. Shopping raya sekali lah kot.

Tempat pertama yang aku tuju ialah Ladies Dept. Since da nak kerja nie, aku kene beli office sut beberapa pasang. Perghh....penat mencari saiz yang seswai. Nak pulak aku nie golongan bersize kecik. So susah sikit nak cari yang match. Setelah puas bersesak-sesak, dapat jugak apa yang aku nak. Hoho...banyak gile baju-baju yang aku ambik. Nampak yang berkenan jek terus masuk bakul. Sampai membukitlah bakul tu. Laki aku ngan Syafiq awal-awal dah surrender gi kat tempat lain. Taknak jadi mangsa angkat bakul aku. Nasib baik huda ada ngan aku. So kitaorang bergotong royong la mengangkat bakul yang dah terlebih muatan. Sempat jugak belikan mak,abah ngan adik2 aku baju sorang sehelai. Dek kerana excited nak bershopping, sampai tak fikir nak makan ke minum langsung. Cuma break untuk sembahyang jek. Sedar tak sedar dah kul 5 petang. Masa tu baru la terasa lapar. Itupun aku belum beli kosmetik, kasut and handbag. Last-last aku decide barang-barang lain aku akan beli next time je. Kaki pun dah nak tercabut. Nasib baik banyak cashier kaunter yang dibuka. So takdelah beratur panjang nak membayar. Bila part membayar aku serahkan semua tugas tu pada laki aku. Huhu...sedar tak sedar, kitaorang da berbelanja lebih dr 2 ribu. Hoho...memang gile.

Bila da break makan and minum, kitaorang sambung lagi shopping. Kali nie kat supermarket pulak. Borong barang-barang dapur. Tapi dekat market tak seramai kat floor atas. Dan aku perhatikan barangan yang di offer kat market tahun nie tak sebanyak tahun lepas. Tahun lepas kat situ memang ramai gile. Tapi semalam aku boleh berjalan menyorong trolley dengan selesa.

So, kesimpulannya, setelah mengumpul segala resit-resit pembayaran untuk hari itu, kitaorang entitle untuk dapat voucher Jusco bernilai RM255.00. Yess...!! Boley angkat sepasang lagi sut lepas nie guna voucher tu..heheh..Puas hati.Acara shopping kitaorang hanya berakhir pada jam 9 malam iaitu selepas 9 jam bershopping. Balik rumah apa lagi...tidur dengan nyenyak akibat kepenatan bersukan di Midvalley.




ladydaisy sending the message on 11:19 am
Tengok sape nak komen?  

____________________

Tuesday, July 22, 2008

Durian


Aku sukeee sangat makan durian. Favourite food dari kecik sampai skang. Kalo kat umah tu memang akulah yang paling kuat makan durian. Sebakul durian tu aku boleh balun sorang2. Orang lain takde la minat sgt durian nie. Biasanya bile tiba musim durian, kawan2 mak aku yang ada kebun dengan murah hati menghadiahkan berbakul2 durian ke rumah kitaorang. Tukang makannya siapa lagi kalo bukan aku.

Sejak da kawen nie aku jarang la dapat makan durian puas-puas macam dulu. Bila musim durian tiba jek mak aku akan datang ke kl semata-mata nak hantar durian kat aku. Padahal bukan aku tak boleh beli kat kl ni. Cuma rasanya tak berapa best sangat kot berbanding durian fresh yang selalu kitaorang dapat kat umah dulu. Tapi bukan aku yang mintak. Aku cuma tanya je samada kat johor skang da musim ke belum...dia yang beria2 nak kasi durian kat aku. Hai...bertuah badan. Takut aku kempunan kot...hehe.

Skang nie aku tgh gila makan durian kat chow kit. Macam-macam jenis ada. Udang Merah lah...Musang King lah....D2 lah..D24 lah...Durian Chini lah..tah hapa-hapa nama lagilah. Setakat nie kalo aku gi Chow Kit aku suka beli durian Udang Merah. Sedap gile rasa dia. Lemak berkrim disukai ramai. Isi tebal. Biji pun kecik je. Ada tu tak ade biji pun. Isi semata. Puas hati. Kadang-kadang tu waktu malam aku teringin nak makan durian aku ajak laki aku gi chow kit. Duduk le kitaorang lepak-lepak kat situ makan durian. Semua aku dah rasa la. Kecuali Musang King. Mahal sangat. Sekilo sampai 20 hengget. Mak aihh...takdele aku nak membazir duit aku beli durian sebijik rege 40-50. Baik beli Udang Merah yang sekilo 7 hengget je tu. Kalo makan kat situ banyak leh dapat diskaun. Pakcik jual durian tu pun da kenal muka kitaorang.

Hm...skang da musim durian. Mak pun da suruh aku balik makan durian. Kenalah aku cari time yang seswai nak balik johor. Yang paling best sekali mesti ada tempoyak. Yummy!!!. I love tempoyak. Enak dimakan begitu saja..Huhu....bestnye!!

Mak, siap sedia ajelah...Aku akan balik kg dalam masa terdekat nih..!



ladydaisy sending the message on 05:24 pm
Ceh! Ada (1) orang komen!  

____________________

Monday, July 21, 2008

Monday Blues


Hari ni aku dilanda kesedihan sesangat. Dah lama aku tak rasa sesedih nie. Kehilangan sesuatu yang aku sayang dalam hidup memang perit. Mungkin sebab tu dulu aku pernah cuba tidak menyayangi sesiapa atau apa2 untuk suatu jangkamasa yang agak lama kerana aku tak mahu merasai kehilangan sesuatu yang disayangi.

Tapi hari ini aku bersedih lagi. Kerana kucing yang aku sayang mati dalam pelukan aku. Butang yang sakit sejak hari pertama aku ambil dah mati sekarang. Kenapa?? Mulanya Butang cuma cirit birit. Sembuh dari penyakit tu dia di serang selsema. Sembuh dari selsema dia demam. Sembuh dari demam, dia kecacingan. Sembuh Dari kecacingan, dia dijangkiti kutu telinga yang mengakibatkan dia demam berpanjangan seterusnya dijangkiti virus yang menyebabkan lung infection dan akhirnya pagi tadi masa aku ke Vet UPM di PJ untuk mendapatkan surat reference supaya Butang boleh dimasukkan ke Hospital Veterinar UPM, dia menghembuskan nafas terakhir.

Pagi tadi masa aku bangun dari tidur dia mengiau2. Sempat aku suapkan air ke mulut dia. Terus aku bergegas bersiap untuk bawa dia ke Vet. Dalam kereta pun sebenarnya dia dah menunjukkan tanda2 yang negatif sehinggakan tak berdaya nak mengangkat kepalanya. Tiba di Vet pada jam 10, sementara aku menunggu giliran, nafasnya semakin berombak dan membuat aku jadi panik dan terus menangis. Aku minta doc check keadaan Butang dan doc advise supaya aku terus ke hosp UPM. Odw aku masuk ke kereta dia mengiau dan terus meninggal. Sedih teramat sangat sehingga aku berlari semula ke klinik dan minta doc periksa keadaannya sekali lagi. Bila Doc dah mengesahkan Butang dah mati, terus aku menangis semahunya tanpa memikirkan apa2 lagi. Inilah saat yang paling aku benci. Menangisi dan merindui kehilangan sesuatu yang aku sayang, yang aku belai, yang aku jaga dengan rapi....tetapi akhirnya meninggalkan aku juga. Bayangkan aku menjaga dia seperti anak sendiri dan mati dalam pelukan aku....Sehingga saat ini, walaupun Butang telah selamat aku kebumikan didepan rumah aku...aku tetap merindui kelibatnya didalam rumah aku. Betapa aku tidak bersedia untuk menghadapi kehilangan Butang. Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak faham perasaan aku sekarang mengatakan bahawa aku bodoh kerana menangisi kematian seekor kucing. Tetapi itulah apa yang aku rasa saat ini dan aku berharap Butang bersemadi dengan aman dan memaafkan aku jika ada terkasar perbuatan sepanjang dia dalam jagaan aku.







ladydaisy sending the message on 02:11 pm
Tengok sape nak komen?  

____________________

Wednesday, July 16, 2008

Anak


Tadi ptg aku teman huda gi jupe specialist utk wat treatment muka dia kat Vistana Hotel.Aku tak tengok la doc tu buat macam mana sebab aku gi check in bilik mak n duduk layan tv sementara dia buat treatment tu.Dia ajak aku wat treatment skali tapi aku takmau.Muka aku setakat nie takde masalah jerawat ke hapa.S aku malas nak kacau kestabilan kulit muka aku buat masa nie.Tapi teringin jugak nak tau benda2 lain coz diaorg kata doc nie ada wat cucuk vit c, dsb. Hormon pun ada jugak. Mana tau kalo aku amik hormon leh wat pregnant ke..mana la tau.

Cakap pasal pregnant nie aku da 2 1/2 tahun kawen tapi lum ada anak. Aku merancang ke? Nak kata planning tak jugak.Cuma masa awal2 kawen dulu ada la pk nak stabilkan kehidupan dan career la kononnyer. Pastu tambah2 lak sejak bisnes sendiri aku sibuk la jugak. Mana nak ke kedai, handle stock dsb. Memang lepak la. Cuma akhir2 nie je sejak aku pakai 3 workers baru dapat relax kat umah sket.Senang la.Kalo tak hari kene gi sana dr pagi smpai 10 mlm. Balek bukan leh tido. Nak prepare bahan2 meniaga 2-3 jam.Makan pun tak teratur. Ikut sempat jek. Nasib baik husband aku understanding.

Mula2 tu aku tak heran pun tak de anak lagi. Sebab mak aku pun kata jgn rushig sgt. Dia pun tak prepare lagi nak jadi nenek. Biasanyer yg rajin menanya mak mentua aku la. Macam2 la nasihat yg aku dengar dr semua orang tmasuk member2 opis. Tapi dah takde rezeki nak kata apa.

Bila dah masuk tahun kedua baru aku rasa risau. Sebab member2 lain anak da membesar. Tambah lagi aku tak larat nak menjawab soalan2 yang merimaskan. Biasanya aku akan jawab laki aku yang pregnant...hehe...senang cite.Laki aku pun bile aku suggest amik anak angkat dia takmau. Dia rela takde anak dr amik anak angkat. Dah macam tu kata dia...aku pun tak kisah.

Masa baru2 aku dapat keje tu lagilah bertambah risaunya. Sebab aku kontrak 2 tahun. Dah tu tuan president siap cakap dia harap aku x pregnant spjg bekerja kat sana sbb rugi masa kontrak tu. Yela...cuti bersalin da 2 bulan. Itu ini lagi.Aku diamkan jek. Dalam kepala aku pikir mampus aku camni. Dua tahun takde anak,tambah lagi dua tahun maknanya 4 tahun la aku takkan ada anak. Tapi aku da check ngan HR. tak jadi masalah kalau aku pregnant dlm tempoh kontrak tu.Lega sikit aku dengor. Kalo tak mak bapak aku and laki aku mesti jenuh nunggu cucunye tak keluar2.Huhu...

Last2...untuk mengubat kesepian kitaorg laki bini, kitaorang ada la bela anak kucing smpai empat ekor. Cerewetnya...Masya-Allah. Yang dua ekor tu kuat makan sesangat sampai dalam masa sminggu naik berat badan 1/2 kilo. Yang lagi dua tu pulak takde selera makan. Penyakit toksah cakapla. Da dekat ribu agaknya kalo kira2 kos kehidupan diaorang nie. Nak buat camne....itu jela pengarang jantung kitaorg buat masa nie.Melayan karenah sekor2 memang kelakar.

Sekarang ni aku rasa aku kene la buat sesuatu. Mana la tau. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Tak pasal2 pulak kang aku dipersalahkan.Huhu...Better late than never.Ye tak?



ladydaisy sending the message on 10:51 pm
Tengok sape nak komen?  

____________________

Monday, July 14, 2008

Summary of the week


Hari jumaat aritu, husband aku ajak layan movie. Kitaorg gi tengok citer Wanted kat Cineleisure sebab aku tak suka nak tengok cite baru yang lain tu. Cite nie da kuar lama dah. Aku memang nak sangat tengok sebab dia punya preview cam best. Maklumlah, Angelina Jolie berlakon. Tapi disebabkan kitaorg sibuk, hari jumaat baru dapat tengok. Secara keseluruhannya bagi aku cite nie memang best. Cuma yang aku tak tahan tu dia punya action over pulak. Memang tak logik la. Tapi biasala, mat saleh kalo buat filem memang exaggerate lebih. Jalan cerita pun lain sikit. Tambah pulak ade scene2 yang lawak, memang best. Rugi tak tengok.

Hari Sabtu, cam biasa aku memang kene gi kedai. Sebab customer aku time weekend bertambah dua kali ganda. Staf aku plak kejenyer lembap la sesangat. Geram betul. Dah ajar berkali2 pun tak paham2. Sabar ajelah. Sebelum gi kedai, pagi tu aku gi PWTC dulu tengok MIFB. Kat sana banyakla booth yang jual makanan yang bermacam-macam dari luar negara and dalam Mesia sendiri. Banyak la tester2 makanan yang singgah dalam mulut kitaorg masa tue. Mana yang berkenan beli sebab time nie diaorang jual murah2. Tapi akunyer mission nak gi sana nak cari produk2 yang bersesuaian yang aku leh tambah kat kedai aku. Hampa betul. Tak ade pun yang seswai. Banyaknyer jual frozen2 food and majority booth ialah kaum lain. So mission aku consider failed.

Semalam, sama jugak rutin seperti biasa. Gi kedai untuk make sure semua berjalan lancar. And alhamdulillah, semalam aku reach target untuk weekend since ada exihibition gamers, property and bakery kat mv yang menyebabkan seramai2 manusia kat sana. Huhu...nak solat pun bersesak2. Petang tu sempat la aku lari jap tengok umah yang aku berkenan. Tuan rumah tu punya la baik hati dan peramah. Dia bercerita seolah2 takde full stop. Baru sekejap jumpa aku dah tau macam2 pasal dia. Sewa oun dia nego and dalam range budget sewa yang kitaorg nak. Cuma rumah tu lagi kecik berbanding rumah sekarang. Takde family hall dan sebagainya. Banyak jugak damage dalam rumah tu. So, kesimpulannya aku tak ambik rumah tu. Kene cari rumah lain. Sebenarnya kitaorg duduk berdua jek laki bini. Tapi mesin2 kedai aku banyak. Kene cari space yang besar sikit. Kalo boleh satu bilik khas untuk barang2 kedai aku sahaja. Mesin lak tu bukannyer kecik2. Semua besar2 belaka. Memang susah. Kitaorg ingat kalo jadi pindah maybe 4-5 trip lori 3 tan baru setel barang2 kat umah aku. Da jadi cam warehouse kedai la pulak. Mujur kabinet2 kiosk lama aku dah dismantle. Senang sikit.

Pagi nie mak aku dah kol tanya pasal keta. Dia da cakap ngan paktam aku nak ambik keta dia tue. Daripada dia kasi pakteh aku, baik aku ambik since keta tue pun loan atas nama aku. Cuma monthly banyaklah. Dekat 900. Takpelah, nanti aku kene turun seremban jumpa dia discuss. Nak ambik keta lain pun susah sebab nama aku je da 3 loan keta. Memang confirm tak lepas la untuk keta lain. Huhu...tak sukenye..... Sad. Takpelah ape pun discuss dulu.  



ladydaisy sending the message on 09:06 am
Tengok sape nak komen?  

____________________

Friday, July 11, 2008

Cari rumah baru.


Semalam, sepetang aku meround carik umah sewa. Huhu....terkezut aku. Rumah kat area aku skang nie semua da naik harga double dr tahun lepas. Tahun lepas aku tanya umah tu sewa baru 900. Semalam aku tanya umah yang sama da naik 1500.Gile la diaorang nie.Aku usha kat Sumway SPK rumah 2 1/2 tingkat yang baru n besar gile macam umah semi D baru 1800.tapi tu bukan dalam bajet aku.Daripada aku sewa umah 1800 baik aku beli umah dan bayar duit loan 1800 sebulan.Dapat aset tetap lak tu. Puas hati. Sebenarnya umah yang aku duduk skang nie memang la murah. Bayangkanlah, double storey terrace baru 700. Round kat satu taman nie memang tak dapat rege tu.Tapi ade beberapa sebab aku kene pindah jugak.

Pertama - Aku bengang ngan tuan umah nie. Dia taknak tanggung kerosakan umah yang memang dr mula aku masuk dah sedia rosak.Dan aku taknak sambung kontrak yang da nak abes bulan 8 nie sebab nanti dia tuduh aku yang buat rosak benda tu. Dahla pagar umah sebelah takde. tu yang meluap2 aku nak pindah umah.

Kedua - Aku da gaduh ngan posmen kat tpt aku. Sampai arini da dekat 3 minggu dia sabotaj tak anta surat kat umah aku. Hehe...sebabnya ada sehari tu  dia panggil aku kuar umah amik surat register. Aku maleh nak kuar sebab 2-3 ari sebelum tu dia panggil jugak tapi surat tu untuk orang lama yang da pindah tu. Tambah pulak aku tengah berbaju tido. So aku tanya la kat dia surat tu untuk sape.dia takmo jugak bagitau. Terpaksa la aku kuar jugak. Tengok2 bukan surat kitaorg.Sape punya ntah. Aku pun sound la kat dia, "Orangnye takde kat sini. Tu la.Orang tanya taknak bagitau!" pastu aku pun blah masuk dalam. Tapi aku sempat la dengar dia membebel tah hapa2 tah. malas aku nak layan. Sejak hari tu aku perasan surat2 hutang yg tiap2 bulan tak pernah miss datang umah aku tak sampai2 pun. Aku syak dia nie sabotaj aku. Last2 betul. Aku kol Maxis tanya nape bil tak sampai, dia kata bill tu diaorg da anta tapi kene return balek. Hah...sohih sesangat la tu!.

Ketiga - Aku nak cari umah yang depan dia ada playground. Banyak rumput2. Supaya senang nak bayak kucing2 aku kuar main2. Skang nie diaorang terkurung jek. Semua buat muka kesian kat depan pintu kaca tu bile tengok aku kuar sidai baju.

Keempat - Aku nak umah yang senang nak parking keta. Sekarang keta kat umah aku dah 3. Tak lama lagi tambah 2. Yang ada sekarang nie pun susah nak parking. Huhu...Jalan sempit. Dan lagi jiran kat umah ujung tu tak boleh kite parking kat tempat kosong kat ujung jalan tu. Sebab pakcik depan umah aku cite ada satu hari tu dia park keta dia kat ujung jalan. Esoknye tengok tayar dia dah kene toreh ngan pisau. Sebab biasanyer tempat tu org umah ujung tu yang parking. Tapi tempat tu bukan parking dia pun. Takde nama dia langsung. Depan pili bomba lak tu. Terus pakcik tu tobat takmo park keta kat situ lagi.

Yang paling penting agreement da nak abes. So inilah peluang aku nak try tempat baru.

Petang nie aku nak gi PWTC tengok exhibition F&B. Mana tau ade mesin2 yang sesuai ngan kedai aku. Boleh la dapatkan quotation dulu. Yang paling best skali dpt try makanan2 yang pelik2 kat situ. Best...Best!



ladydaisy sending the message on 01:06 pm
Tengok sape nak komen?  

____________________

Thursday, July 10, 2008

My Busy Day Never Ends......


hmm...tak sempat lagi nak makeover blog aku.later lah....aku bz gile walaupun aku x bekerja.tp aku lagi bz dr org yg kerja.

Today - baru balik dr vet (again). My butang sakit pulak berjangkit from her twin, Lulu. Last week lulu demam and kene infection by black parasit kat telinga dia.Sampai one week melepak jek.Makan pun takde selera. Huhu...this twin persians memang le lemah antibodynyer.Sekor sakit, sekor sihat.Bila yg sekor dah baik, yg sekor pulak sakit. Never ending story. Now aku decide once Butang da baik, kene terus bawak gi vaccine. Lagi lama tunggu lagi banyak duit aku sedekah kat vet tu. This month je untuk dua2 ekor dah dekat 3 rat aku spend.Nasib baik Dewo ngan Tonton kuat.Tak sakit. Kalo tak rabak..

Diaorg nie la yg buat aku susah hati. Since next month aku da start keje semula, sapa yang nak tengok, jaga makan minum diaorg. Nak bagi ubat lagi.Maybe aku akan ambik maid. Not only for them buat untuk buat keje2 umah yang of course akan terbengkalai bila aku da start keje.

Part kedai aku dah settle.Tinggal nak wat design untuk new outlet. Kat MV aku da hire adik aku untuk manage. Skang nie dalam fasa probation la kiranya. Nak ajar selok belok camne nak handle kedai aku esp workers...my biggest prob. Diaorg nie ada skill tertentu.

Anyway, aku akan manfaatkan masa sebulan lebih nie untuk wat preparation sebelum aku handover kedai tu kat adik aku untuk di manage. And to make sure my cats sihat walafiat sebelum aku bekerja. And the most important to prepare myself to work again after 2 years berbusiness. Memang susah. Tambah pulak kerja yang aku tak minat langsung.

Wish me luck!



ladydaisy sending the message on 02:01 pm
Tengok sape nak komen?  

____________________

Thursday, February 28, 2008

AKU KEMBALI BERBLOG


Setelah menyepi beberapa tahun akhirnya aku kembali berblog. Nape yek? Sebab aku bosan.Byk lagi nak renovate nih.Da siap nanti baru buat official launching..



ladydaisy sending the message on 01:14 pm
Tengok sape nak komen?  

____________________




ladydaisy
November 29th 1980  (Age 28)
Female


   


<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




My Favourite::.

Amat
Leyha
SMKAS 93-97
Abg Rafik


Free Web Counters
Free Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Contact Me
rss feed

Blogdrive